Nyata rasa itu makin tidak relevan
kerana edisinya cuma satu hari
yang kononnya mekar bercambah
bila auranya acapkali menampil diri
namun tetap tenggelam jua
kerana
bila setiap yang menerjah itu
seperti memberi sekelumit rasa
agar dongengan perasaan sebelumnya
wajar dihapuskan.
(2013)
(2013)