Mana mungkin aku ini kau kata curang
dikhabar jalang
sedangkan pada siapa aku mahu curang
pada siapa mahu menjalang?
sedikit pun aku tidak mahu
biarkan tubuh didedah
dari lunyaian desir api
yang membawa aku
hingga ke neraka.
yang menghumban aku
jauh dari syurga.
yang menghumban aku
jauh dari syurga.
(2013)