-------------------

Maafkan saya untuk puisi seterusnya
mungkin lebih banyak sinis dan nista
sarkastik dan menghiris
bukan apa, saya manusia
selalu saja ilham datang tika emosi berperang
realitinya cuba dijaga setiap kata dan rasa
mungkin dari setiap bait selepas ini 
lebih menjelaskan setiap luka

Walaubagaimanapun, terima kasih untuk semua jasad jasad yang melonggokkan secangkir ilham buat saya.
Tanpa rasa yang berbeza beza yang diberi, pena kelu kering dan tak bermaya.
Jangan terasa atau terambil hati, emosi saya cuma kadang-kadang.
Biasalah, manusia.

 Wassalam.