92th

Seorang dewi kayangan yang sedikit demi sedikit sedang menjinak
mencuba menukar diri menjadi sesuatu
yang bukan dari azalinya bukan sesuatu seperti dia
agar seluruh jagatraya memberi sepintas mata buatnya

Bukan cuba untuk berdiskriminasi
akan tetapi ia disimpulkan seperti parasit
sedikit demi sedikit menjamah manisan bersembunyian
sedikit demi sedikit merenggut dunia berselukkan

Lantas asalannya menjadi sebuah pertikaian
dari mana orang bangsat diangkat ke bangsawan?
mungkin benar ada salah menilai
mungkin benar ada cuai menabal

usah memijak semut, kerana akan terlihat
usah menghenyak gajah, kerana akan terbabas
nurani suci, ketulenan dijaga
agar kemuliaan hakiki terserlah sendiri.


ya Allah, ampunkan dosaku menulis puisi ini.