90th

Peminat abjadmu dalam samar gelita
Halus seni menggoda lalu terperkosa jiwa
Dinodai dek susunan berimaginatif
yang wangi dan mengasyikkan
Makna dipersembahkan terserap dan membina

Awan jujur melambai di langit senyum
Matahari bergilir bulan dihias bintang
Masih dadah itu dibelek,biar ketagih!
Biar khayal dalam lautan gubahan si licik
kerana setiap bancuhan 
-Ada warna terlakar
-Ada misteri perlu diterjemah
Ada segalanya--

Yang menggelocakkan setiap deria
Menjadi peminat tanpa bicara.