Ada kisah seorang perempuan
yang sukar menerima kenyataan
dikatanya; teman cuma yang laki-laki
sekaumnya ditolak tepi, dihiris hati
dilihat semula hakikatnya memang tiada
sekaumnya mahu bertemankan dia
dijajanya; terasa hati bukan mainannya
tidak akan terjumpa dalam kamus hidupnya
kerana kematangannya melampaui rasa
namun yang hairannya; kerap kali menangis sendiri
melayan sepi, dek belahan hati oleh manusia
Terkadang dia hidup dalam fantasinya; gembira
terkadang berpura, bila tersedar tentang realiti,
segera melitupi dengan menistakan sekelilingnya-
Biar dilihat dia teguh, kekal ampuh
Bangun mahu dijulang, biarkan sekelilingnya dilihat hina.
tetapi akan hakikatnya; dia masih dalam mayanya/