Aku lepaskan jasad bermandikan kedangkalan kamu
biar terbang bebas melayari setiap kata
sungguh tidak aku kisahkan, aku turutkan
sedang kebenaran itu sengaja kamu diamkan
Ketebalan cinta sayang menjangkau rasa
iyakan dan endahkan beliung menyampai
helah indah juga aku kekal berteguhkan
walau kebenaran itu sudah menampakkan
Di tanya aku kepada malaikat akan kamu
izin kan jasad aku ke malakut
mahu bawanya dia,
belainya bersama gumpalan sayang
Jauhkan kita dari tipu dunia
biarkan aku berpaksikan kepercayaan
hanya untuk kamu
asalkan kawan, terurai tidak ikatan
Yang demikian;
Kerana sebuah kepercayaan, aku lepaskan.